Google kini menyatakan bahawa mereka akan menamatkan sokongan bagi mana-mana peranti yang menjalankan sistem operasi Android Jelly Bean.
Ini adalah termasuk versi Android 4.1, 4.2 dan 4.3. Oleh itu, google bakal memberikan kemas kini yang terakhir pada versi tersebut yang dijadual akan dilepaskan pada penghujung Ogos 2021.
Namun, jangan risau kerana peranti Jelly Bean masih lagi boleh digunakan akan tetapi pengguna mudah terdedah pada ancaman bahaya kerana tiada lagi kemasi kini sekuriti diterima. Malah, mungkin sudah banyak aplikasi yang tidak boleh dijalankan dengan baik.
Buat pengetahuan, Google berkata sehingga kini terdapat kurang dari 1% pengguna Android yang masih menjalankan Android Jelly Bean. Jadi, ia tidak memberikan kesan yang besar dalam komuniti.
Apa-apa pun, bagi anda yang masih menggunakannya, anda sudah boleh menaiktaraf telefon pintar sedia ada. Kami juga pernah menyenaraikan beberapa peranti bawah RM600 yang anda boleh dapati.
Sumber: Android
Baca juga – Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR
Baca juga – Takut Dengan Galaxy Store, Google Dilapor Guna Taktik ‘Kotor’ Untuk Terus Monopoli
Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK