Tidak seperti iOS, Apple hanya membenarkan aplikasi dipasang dari satu sumber sahaja, iaitu App Store. Sebaliknya di Android, pengguna bebas untuk memasang aplikasi dari “app store” selain Google dan boleh sideloading. Ini antara keindahan apabila menggunakan Android.
Pun begitu, Google kini sudah berasa tergugat dengan gedung aplikasi dari pihak ketiga. Baru-baru ini, terdapat dokumen tuntutan antimonopoli yang difailkan terhadap Google.
Berdasarkannya, Google cuba mengawal kedai aplikasi pihak ketiga dari Samsung, iaitu Galaxy Store. Apa yang boleh disimpulkan, taktik yang mahu digunakan Google adalah untuk menggalakkan pengguna menggunakan Play Store berbanding yang lain.
Selain itu, Google turut cuba membayar pembangun-pembangun aplikasi popular untuk tidak menyenaraikan aplikasi mereka di Galaxy Store dan menjadikannya ekslusif di Play Store.
Bagaimanapun, Google tampil menafikan dakwaan tersebut. Mereka menyatakan Android mengamalkan sistem keterbukaan dimana pengguna bebas untuk memasang aplikasi dari mana-mana sahaja, tidak seperti sistem operasi yang lain.
Buat pengetahuan, Samsung telah banyak membuat pembaharuan dalam Galaxy Store. Disebabkan ini mereka perlu berbuat sesuatu. Jika diikutkan, Google sebelum ini sudah banyak disiasat atau disaman atas faktor ingin memonopoli.
Sumber: sammobile
Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK
Baca juga – Google Disiasat Kesatuan Eropah Berkaitan Monopoli Iklan Dalam Talian
Baca juga – Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Google Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro