The Witcher 4 Akan Dilancar, Geralt Mungkin Akan Kembali

Dalam penulis terbaru CD Projekt Red di laman sesawang mereka yang berjudul 'A New Saga Begins', mereka telah mengesahkan kemunculan baharu bagi francais 'The Witcher'.

Dalam pengumuman tersebut,  The Witcher 4 akan menggunakan Unreal Engine 5 berbanding REDengine dalam permainan seperti Cyberpunk 77 dan The Witcher 3: Wild Hunt. Ini juga merupakan titik permulaan bagi jalinan hubungan antara CD Projekt Red dan Epic Games.

Bagi anda yang tertanya-tanya akan Unreal Engine 5 dan REDengine, kedua-duanya merupakan satu set perisian untuk membangunkan dan menciptakan permainan video.

https://www.youtube.com/watch?v=qC5KtatMcUw&t=2s

Dalam permainan terkenal Cyberpunk 2077, ia dibangunkan dengan menggunakan perisian REDengine dan masih digunakan untuk kemas kini tambahan penceritaan permainan pada masa akan datang.

Apa Yang Boleh Kita Jangkakan Daripada The Witcher 4?


Disebabkan apa yang anda tahu setakat ini agak sikit dan masih awal, anda boleh jangkakan karakter Ciri mungkin diletakkan sebagai protagonis dalam The Witcher 4 ini. Berdasarkan gambar yang disertakan dalam pengumuman itu, ia merupakan pingat yang berbeza berbanding pingat serigala Geralt yang biasa kita lihat sebelum ini.




 Permainan The Witcher 4 Kapsyen: Kredit: CD Projekt Red


Tambahan lagi, tajuk 'A New Saga Begins' dapat memberi bayangan bahawa akan ada perubahan besar dan permulaan baharu dalam permainan The Witcher yang akan datang.




 Permainan The Witcher 4 Kapsyen: Geralt dan Ciri


Walaupun perkara ini tidak disahkan lagi, tetapi The Witcher 3 telah menandakan penghujung dalam pengembaraan Geralt. Oleh itu, karakter Ciri sebagai protagonis yang seterusnya adalah satu perkara yang masuk akal untuk jalan cerita permainan yang seterusnya.


Sumber: CD Projekt Red, Tech Radar

Baca juga: