'The Haunting of Bly Manor' Akan Hadir Pada 9 Oktober Ini Di Netflix

Antara siri seram terbaik Netflix, The Haunting of Hill House, dilancarkan pada 2018, telah diadaptasikan oleh novel tulisan Shirley Jackson. Musim kedua, bertajuk 'The Haunting of Bly Manor', akan hadir pada 9 Oktober ini di Netflix, dan video acahnya kelihatan lebih mendebarkan.

The Haunting of Hill House awalnya mengisahkan tentang adik beradik yang trauma dengan tragedi lama di rumah zaman kanak-kanak mereka. Kisah musim pertama sudah lengkap, tetapi sekiranya anda masih belum ketahui, ini merupakan siri antologi, di mana setiap musim akan menceritakan kisah seram yang berbeza.

https://www.youtube.com/watch?v=1Y073x-Gwa4

The Haunting of Bly Manor kali ini adalah berdasarkan novel seram tahun 1988 oleh Henry James. Novel bertajuk The Turn of the Screw mengisahkan tentang seorang wanita yang datang ke sebuah rumah agam di desa Essex untuk mengajar dua anak yatim piatu. Kedua anak ini baru sahaja kehilangan ibu bapa mereka dan dipercayai rumah dan juga anak-anak itu dihantui oleh roh.

Buku ini terkenal dengan kesamarannya, di mana timbul pertanyaan, sama ada wanita itu benar tentang apa yang dipercayai atau adakah dia hanya jadi gila. Pastinya ini yang menjadi salah satu sebab untuk menonton siri ini.



Melalui video acahnya, beberapa pelakon dari musim Hill House dapat dilihat, walaupun watak mereka kali ini berbeza sama sekali. Mereka termasuklah Victoria Pedretto, Oliver Jackson-Cohen, Kate Siegel, dan Henry Thomas, yang memainkan watak baru musim ini.

Sekali lagi, siri ini diterbit oleh Mike Flanagan dan Macy untuk Interpid Pictures, bersama dengan Darryl Frank dan Justin Falvey untuk Amblin Television.

Sumber: Siaran Akhbar Netflix & Empire