Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla

Tesla Cadang Lancar EV Lebih Murah Berharga RM124 Ribu

Diterbitkan November 8, 2023 ยท Dikemas kini November 8, 2023 oleh ariff bukhari

Tesla dilaporkan bercadang untuk mengeluarkan kereta elektrik (EV) harga murah serendah 25,000 euro (RM124,834.34) di kilangnya di Berlin, Jerman.

Laporan daripada sumber yang tidak dinayatakan itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk telah melawat kilang Gruenheide dengan melahirkan rasa terima kasih kepada kakitangan dan mengumumkan hasrat untuk mengeluarkan kenderaan berharga 25,000 euro pada lawatan itu.

Sebelum ini, Musk bercita-cita untuk menghasilkan EV yang lebih mampu milik tetapi menangguh rancangannya itu pada tahun 2022 kerana terdapat halangan teknologi.

Kemudahan Tesla Jerman pada masa ini bertanggungjawab untuk mengeluarkan Model Y, yang merupakan kenderaan elektrik terlaris di Eropah.

Tesla menyasarkan untuk menggandakan kapasiti pengeluaran tahunan dari kilang Jerman kepada satu juta unit kenderaan.

Namun, syarikat itu tidak mengeluarkan sebarang laporan mengenai bilangan kenderaan yang dikeluarkan sejak Mac di mana ia telah dilaporkan mengeluarkan 5,000 kenderaan setiap minggu, bersamaan dengan 250,000 setahun.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul
  • Diskaun Kaw-Kaw, PS5 Berharga RM111 Je Di Platform Ni

Sumber: Times of India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY