Terlalu Ikut Aplikasi Navigasi, Dua Beranak Sesat Dan Sangkut Dalam Lumpur

Tidak dapat dinafikan bahawa masa kini ramai di antara kita yang perlu bergantung pada aplikasi navigasi untuk ke sesuatu tempat.

Baru-baru ini, sebuah kereta yang dinaiki dua beranak tersangkut dalam lumpur di Jalan Kampung Gajah-Changkat Lada disebabkan aplikasi navigasi.

Menurut laporan, mereka tersesat ke dalam ladang kelapa sawit sejauh tiga kilometer dari jalan utama gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi.

Kapsyen: gambar dari Utusan Online


Selain itu, mereka sebenarnya dalam perjalanan dari Chenderong Balai dan ingin menuju ke arah Changkat Lada.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mangsa telah selamat dikeluarkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Oleh itu, sekiranya anda sering menggunakan aplikasi navigasi tidak kira Waze atau Google Maps, pastikan anda mengkaji jalan yang ingin dilalui terlebih dahulu. Hal ini kerana, seperti Waze misalnya, kadangkala gemar memberi laluan yang sememangnya jarang dilalui walaupun ia adalah jalan pintas.

Sumber: Utusan

Foto utama: convergent

Baca juga - Pengguna Kini Dapat Lukis Jalan Yang Hilang Di Google Maps

Baca juga - Orang Ramai Kini Boleh Semak Liputan 'Telco' Dengan Peta JENDELA

Baca juga - Peta Dunia National Geographic Kini Secara Rasminya Miliki 5 Lautan