Pengguna Kini Dapat Lukis Jalan Yang Hilang Di Google Maps

Pernahkah anda mempunyai pengalaman dimana Google Maps tidak memaparkan jalan raya walaupun kawasan tersebut sudah ada.

Tidak perlu risau kerana selepas ini anda boleh menyumbang serta membantu Google untuk menambah jalan yang hilang itu.

Ini kerana, Google Maps kini hadir dengan fungsi menambah dengan melukis jalan yang hilang di Maps.

Caranya adalah pengguna perlu membuka Google Maps di pelayar komputer, kemudian klik di tetapan menu. Seterusnya, pilih edit map dan lukiskan jalan baharu tersebut.



Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh membetulkan nama jalan yang salah, laluan jalan sama ada sehala atau dua hala, jalan yang sudah ditutup dan sebagainya.

https://www.youtube.com/watch?v=2vpgv2-jdAI&ab_channel=GoogleMaps

Namun, Google masih akan memeriksa jalan yang anda telah tambah bagi memastikan ia adalah tepat. Malah, Google tidak mahu laluan basikal dipanggil sebagai jalan.



Selain itu, Google Maps turut dikemaskini dengan fungsi "photo updates" dimana ia membenarkan pengguna untuk berkongsi ulasan atau maklum balas terhadap lokasi yang dilawati dengan hanya memuat naik gambar.

Walau bagaimanapun, fungsi baharu tersebut akan dilepaskan kepada umum secara berperingkat.

Sumber: Google