National Geographic menjelaskan, Lautan Selatan (Southern Ocean) kini telah diiktiraf dan dimasukkan dalam peta National Geographic Society kerana isi lautan itu mempunyai klasifikasi ekologikalnya sendiri.
Jadi kini, terdapat 5 lautan dunia dalam peta majalah National Geographic iaitu, Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan India, Lautan Artik dan Lautan Selatan.
Lautan Selatan yang terletak di lingkaran Antartik sebenarnya sudah lama diiktiraf para saintis. Tetapi memandangkan tiada persetujuan antarabangsa mengiktiraf lautan tersebut sebelum ini, maka National Geographic Society tidak mengiktirafnya.
Ia kerana para ahli geografi bercanggah pendapat sama ada perairan sekita bulatan Antartika itu mempunyai karakter unik bagi melayakkan ia memiliki nama lautannya sendiri.
Saintis kini sedang mengkaji kesan perubahan alam sekitar yang berpunca daripada manusia terhadap perubahan yang berlaku di lautan Selatan.
Setakat ini saintis mendapati air Lautan Selatan kini semakin panas tetapi masih belum tahu kesan sepenuhnya ke atas Antartika.
Sumber: National Geographic
Berkaitan
- SKMM Menangguhkan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2019 Dan Kajian Pengguna E-Dagang 2019
- Plastik Juga Kini Ditemui Dalam Susu Dan Daging Haiwan Ternakan - Kajian
- Peratus Pengguna Muda Facebook Di Malaysia Meminati Politik Sangat Rendah - Kajian
- Wajah Bapa Sains Komputer Menghiasi Not £50 British
- Demi Sains, Saintis Menghancurkan iPhone Sehingga Menjadi Debu Bagi Menganalisis Bahan-Bahan Nadir Bumi Yang Terkandung Di Dalam Sesebuah Telefon Pintar
- Kajian Mendapati Gen Z Adalah Yang Paling Banyak Menghabiskan Masa Mereka Bersama Telefon Pintar
- Bongkah Ais Gergasi Mencair, Melepaskan 152 Bilion Tan Air Tawar Ke Lautan
- Malaysia Kekurangan Jurutera, Keyakinan Pelajar Malaysia Terhadap Sains Menurun Drastik - Kajian
- Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
- 'Doomscrolling' Boleh Mengganggu Kesihatan Otak - Kajian