Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
one piece 1

Tempah Topi Jerami Luffy ‘One Piece’ Edisi Vintaj Buatan Tangan Berharga RM1,139

Diterbitkan Ogos 12, 2024 · Dikemas kini Ogos 12, 2024 oleh ariff bukhari

Netflix dan jenama global SUPERDUPER bekerjasama, yang memberi peminat tegar One Piece untuk mendapatkan salah satu aksesori paling popular dalam dunia anime iaitu topi jerami yang dipakai oleh Luffy, watak protagonis utama dalam siri anime One Piece.

Netflix dan SUPERDUPER melancarkan Topi Luffy Edisi Vintaj, yang  eksklusif dan sangat terhad pada 2024.

Topi itu dibuat daripada jerami gandum asli deadstock yang dikenali sebagai “navarretta,” terus dari studio kreatif SUPERDUPER di Florence, Itali.

Jalur merah yang melilit topi Luffy memberikannya rupa telah mengharungi satu atau dua pengembaraan di laut.

Tali dagu direka bentuk untuk berbaring rata, memastikan keselesaan semasa memakai.

Di dalam, topi itu dibarisi dengan pita peluh grosgrain tona kapas, menambah sentuhan kemewahan halus.

one piece 2

Topi ini adalah yang kedua daripada tiga aksesori dalam kerjasama Netflix x SUPERDUPER ONE PIECE dalam siri eksklusif ini Collector’s Edition Luffy Hat yang dilancarkan pada 5 Mei untuk menandakan hari lahir Luffy.

Tempahan untuk topi ini sudah pun boleh dibuat di laman sesawang SUPERDUPER yang dijual pada harga RM1,139 (harga mungkin berbeza dari masa ke semasa mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

Pengeluaran produk ini akan bermula pada 10 September 2024 dengan penghantaran bermula pada 1 Oktober 2024.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • TM Lancar Unifi UniVerse, Dapat Langgan Netflix Percuma Setahun
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Netflix Catat Lebih 8 Juta Pelanggan Baharu Pada Suku Ke-2 2024, Pendapatan Meningkat
  • Ini Senarai Penuh Produk Xiaomi Yang Sudah Dikategorikan Sebagai Akhir Hayat (EOL)

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY