Telegram adalah merupakan aplikasi permesejan percuma dan rentas-platform.
Ia juga menawarkan penyulitan hujung-ke-hujung dan setakat ini sudah mempunyai pengguna aktif seramai 500 juta orang.
Penyelidik di Cybersixgill baru-baru ini telah mengeluarkan laporan data yang dikumpul sepanjang 2021 tentang jenayah siber di aplikasi Telegram seperti kecurian data kredit kad, akaun bank, serta gubahan wang haram
Laporan itu memperlihatkan pada tahun 2021, jumlah jenayah siber berkurang dari 2020, namun masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan menurun secara sihat.
Penganalisis berpendapat punca kenapa kecurian data berkurang memasuki tahun 2021 adalah disebabkan penurunan permohonon kad kredit sepanjang pandemik.
Untuk setiap kad kredit yang dicuri itu, ia dijual bermula $10 (RM42) sehingga $1500 (RM6,279) sekeping, bergantung kepada berapa banyak baki akaun bank serta tahap ‘kesegaran’ data.
Jika tuan punya kad kredit masih belum sedar data kad kredit beliau sudah dicuri, tiada risiko ia akan dilaporkan kepada bank. jadi harga kad itu akan menjadi lebih mahal.
Laporan Cybersixgill juga mendapati ada saluran Telegram kash yang menjual data-data log bank yang boleh digunakan sebagai pengeluaran wang di ATM.
Menurut mereka, ada beberapa faktor mengapa Telegram menjadi lubuk popular kecurian maklumat bank.
Antaranya adalah disebabkan Telegram hanya menapis kandungan ekstrem, penjenayah siber bijak untuk menyalahgunakan polisi ini untuk kepentingan mereka.
Saluran Telegram juga lebih mudah dicipta untuk menjual data-data curi berbanding mencipta satu laman web khas. Kebanyakan masanya juga Telegram lebih senang untuk membuat promosi ‘jualan’ dan menarik lebih ramai minat pembeli yang berpotensi.
Yang terakhir, saluran Telegram lebih sukar untuk dijejak dan bukan mudah untuk mengaitkan personaliti dalam talian dengan identiti sebenar di luar.
Ini adalah jangka hayat saluran Telegram kebiasaannya lebih pendek dari sebuah laman web, jadi ia dianggap selamat untuk penjenayah siber bermaharaja lela di sana.
Sumber: Bleeping Computer
Baca juga:
- AMD Lancar RX 6500 XT, GPU Paling Bajet Untuk ‘Gaming’ 1080p
- Qualcomm Perlihat Teknologi iSIM, Tak Perlu Lagi Kad SIM Fizikal Dan eSIM
- MIUI 13 Untuk Pengguna Global Mungkin Dilepaskan Secara Rasmi Sedikit Masa Lagi