Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Premium Dilancar, Sekitar RM22 Sebulan Dengan Ciri Baharu

Telegram Premium Dilancar, Sekitar RM22 Sebulan Dengan Ciri Baharu

Diterbitkan Jun 20, 2022 oleh Nadiah Ab

Selepas mengumumkan kehadiran Telegram Premium beberapa hari lalu, platform tersebut akhirnya telah melancarkan peringkat berbayar dengan harga US$4.99 (~RM21.97) sebulan.

Menerusi hantaran di blog Telegram, pakej berbayar ini hadir dengan beberapa ciri baharu termasuk muat turun yang lebih pantas dan saiz muat naik fail maksimum yang lebih besar sehingga 4GB.

telegram premium

Pelanggan premium juga akan menerima dua kali ganda had yang dikenakan ke atas pengguna standard.

Berbanding had sehingga 500 saluran untuk pengguna biasa, pelanggan berbayar ditambah had penyertaan sehingga 1,000 saluran.

Sama juga pada ciri lain, pelanggan boleh mencipta 20 folder dengan 200 sembang (chat) setiap satu, menyimpan sehingga 10 pelekat, pin sehingga 10 sembang, dan menambah sejumlah empat akaun ke Telegram.

Beberapa faedah lain termasuk akses kepada pustaka pelekat Premium dengan animasi skrin penuh, reaksi emoji eksklusif, dan gambar profil animasi.

Selain itu, terdapat juga penukaran teks untuk mesej suara, selain alat pengurusan sembang yang membolehkan anda menukar folder sembang lalai (default) anda, serta boleh mengalih keluar mesej yang ditaja dalam saluran awam.

Dengan memiliki pangkalan pengguna sehingga 700 juta, Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov, berkata walaupun pakej premium dilancarkan, mereka tetap tidak akan berhenti membangunkan ciri lain untuk pengguna percuma.

Sumber: Telegram

Baca juga:

  • Telegram Premium Itu Pasti, Bakal Dilancarkan Bulan Ini
  • Telegram Akan Kenakan Caj? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Telegram Premium
  • Telegram Dilaporkan Serahkan Data Penggunanya Kepada Pihak Berkuasa German

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY