Video Profil
Pengguna Telegram kini boleh memuat naik video bagi gambar profil dan memilih mana-mana frame yang disukai bagi gambar profil statik.
Seperti mana-mana video yang dimuat naik, media editor boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti atau menghiasnya dengan pelekat animasi. Setiap video dan gambar juga boleh ditukar semula kepada profil yang terdahulu dengan memilih 'Set as Main'.
Perkongsian Fail Sehingga 2GB
Sejak 2014, pengguna Telegram telah berkongsi sehingga 1.5GB untuk setiap fail. Kini, Telegram telah membenarkan pengguna untuk menghantar seberapa banyak media dan fail tanpa had, dengan saiz sehingga 2GB bagi setiap fail.
People Nearby
Apabila seseorang berhubung dengan pengguna melalui People Nearby, pengguna akan melihat sejauh mana seseorang itu berada. Dan apabila pengguna memulakan chat dengan seseorang yang berdekatan, Telegram akan mencadangkan pelekat ucapan.
Multi-Akaun di Telegram Desktop
Telegram versi peranti mudah alih telah membenarkan pengguna untuk log masuk 3 akaun dari nombor telefon yang berbeza tanpa perlu log keluar. Melalui kemas kini terbaru, fungsi yang sama telah tersedia pada Telegram Desktop.
Selain daripada ciri-ciri yang disebutkan diatas, kemaskini Telegram turut mengandungi ciri seperti:
- Mini-thumbnail
- Tapis chat baru daripada non-contact
- Statistik grup
- Android Extra
- Emoji Animasi
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh lihat sendiri di blog Telegram.
Berkaitan
- Telegram Berdepan Tindakan Jika Gagal Beri Kerjasama - Fahmi
- PM: Akaun Telegram Peribadi Digodam, Abai Jika Terima Mesej
- Apple Disaman Kerana Tidak Membuang Aplikasi Telegram Dari App Store
- Telegram Stories Kini Tersedia, Ini Sejumlah Ciri Menarik
- Jualan Kad TNG Melalui WhatsApp Dan Telegram Bukan Daripada Saluran Sah - Touch ‘n Go
- CEO Telegram Dakwa Apple Lengahkan Kemas Kini Aplikasi Itu
- PDRM Kesan Waran Tangkap Palsu Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram
- Telegram Dikemaskini Dengan Pelbagai Ciri Baharu - Tapisan Carian, 'Anonymous Admins' Dan Lain-Lain
- CEO Telegram Dakwa Penggodam Boleh Dapat Akses Penuh Pada Telefon Pengguna WhatsApp
- WhatsApp Kelak Akan Ada Ciri Seumpama Telegram