Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu – Tema ‘Chat’, Rakam Penstriman

Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu – Tema ‘Chat’, Rakam Penstriman

Diterbitkan September 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Telegram kini tampil dengan kemas kini terbaru yang merupakan penambahbaikan daripada versi sebelumnya. Terdahulu, mereka sudah boleh menyokong panggilan video tanpa had peserta, kini pengguna boleh buat rakaman melaluinya.

Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu – Tema ‘Chat’, Rakam Penstriman
Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu – Tema ‘Chat’, Rakam Penstriman

Fungsi ini mirip yang kita gunakan di Google Meet atau Zoom yang mana pentadbir kumpulan boleh membuat rakaman siaran langsung strim atau panggilan video sama ada audio atau video dan audio. Kemudian, ia boleh dikongsikan kepada ahli kumpulan.

Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu – Tema ‘Chat’, Rakam Penstriman

 

Selain itu, Telegram juga kini mempunyai 8 tema baharu untuk perbualan (chat) yang boleh dilakukan berbeza-beza mengikut kenalan (contact).

Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu – Tema ‘Chat’, Rakam Penstriman

Seterusnya, Interactive Emoji. Ia membuatkan setiap emoji yang dihantar mempunyai animasi menarik. Akhir sekali adalah Read Receipts untuk kumpulan yang mana ia akan ditanda (✓✓) jika ahli kumpulan sudah membaca mesej tersebut.

Oleh yang demikian, anda boleh kemas kini aplikasi Telegram kepada versi terkini melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Sumber: Telegram

Baca juga:

  • Tinggal Di Selangor? Guna Aplikasi Ini Untuk Buang Barang-Barang Lama Dengan Mudah
  • Ini Cara Buat Janji Temu JPJ Secara Dalam Talian
  • Cara Elak Orang Tak Dikenali “Add” Dalam “Group” WhatsApp Atau Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY