Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone x usb-c

iPhone Kalis Air Pertama Di Dunia Dengan Sambungan USB-C Gagal Dapat Sambutan Di Lelongan

Diterbitkan Februari 3, 2022 oleh ariff bukhari

iPhone kalis air pertama di dunia dengan sambungan USB-C didakwa kurang mendapat sambutan dalam  lelongan yang dibuat secara atas talian di platfom eBay.

Model asal iPhone tersebut adalah iPhone X telah dimodifikasi oleh seorang YouTuber bernama Gernot Jöbstl. Beliau kemudiannya melelong iPhone itu di platfom eBay dengan harapan iPhone tersebut akan mendapat bidaan tinggi sepertimana model iPhone dengan sambungan USB-C pertama di dunia yang dimodifikasinya dahulu.

Malangnya untuk kali ini, lelongan model iPhone yang telah dimodifikasi itu kurang mendapat sambutan pembida.

iPhone itu dilaporkan hanya berjaya dijual pada harga USD3,000 sahaja. Ia adalah jauh berbeza dengan harga lelongan yang berjaya dicapainya sebelum ini.

Jika anda masih ingat, sebelum ini model iPhone X yang dimodifikasi YouTuber tersebut telah berjaya dijual pada harga USD86,001 pada November 2021 dahulu.

Namun begitu ia adalah sedikit rendah daripada harga yang diletakkan beliau iaitu sebanyak USD100,000.00.

Sumber: NotebookCheck

Baca juga: iPhone USB-C Akhirnya Terjual Dengan Harga Lebih ~RM300000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY