Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel notepad

Telefon Lipat Google, Pixel Notepad Lebih Murah Dari Z Fold 3

Diterbitkan Januari 25, 2022 oleh Faiz Munir

Telah banyak ura-ura mengenai telefon boleh lipat yang dihasilkan oleh Google. Ketika pelancaran Android 12L beta tempoh hari, sekali lagi kita telah mendapat tahu mengenai telefon boleh lipat ini.

Yang terbaru mengenai peranti ini adalah nama yang mungkin digunakan adalah Pixel Notepad. Menurut 9to5Google, harga bagi peranti ini adalah lebih murah daripada Samsung Galaxy Z Fold 3.

Harga jualan untuk Pixel Notepad ini mungkin $1,400 (~RM5863) iaitu $299(~RM1252) lebih murah berbanding Z Fold 3 yang berharga $1,799(~RM7534).

Buat masa ini, dikatakan bahawa peranti ini akan menggunakan cipset Google Tensor dan rekaan seperti OPPO Find N. Selain itu, ia juga akan menggunakan modul kamera dari Pixel 5 dan bukannya Pixel 6 yang modul kameranya lebih besar.

Menurut laporan juga, Google Pixel Notepad ini mungkin akan dijual secara global pada hujung tahun 2022.

Sumber: 9to5Google

Baca juga:

  • Lagi Cerita Tentang Google Pixel ‘Fold’
  • Google Disaman, Dikatakan Menipu Iklan Testimoni Positif Pixel 4
  • Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY