Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri NRECC

Kerajaan Cadang Guna Nuklear Sebagai Sumber Tenaga

Diterbitkan Ogos 30, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 30, 2023 oleh ariff bukhari

Pada masa depan, nuklear mungkin menjadi sumber tenaga negara. Itu apa yang dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Menteri itu dilaporkan berkata, negara tidak menolak sebarang usaha sambil mengiktiraf potensi reaktor modular kecil (SMR).

Selain itu, ketika berucap dalam Persidangan Peralihan Tenaga, Rafizi Ramli berkata Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) bagi setiap unit KDNK sebanyak 45% menjelang tahun 2030.

Dan cara terbaik untuk memenuhinya adalah melalui penciptaan sektor tenaga rendah karbon.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata kerajaan sedang mempertimbangkan nuklear dalam campuran tenaganya berikutan dasar pelepasan karbon sifarnya.

Malah beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan berhasrat untuk meneroka potensi hidrogen hijau sebagai bahan api alternatif ke arah mencapai agenda mobiliti hijau negara.

Kerajaan dengan kerjasama syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), akan meneroka prospek untuk memanfaatkan pembawa tenaga baharu itu dan kesan ekonominya.

“Kerajaan juga akan berusaha untuk mempercepatkan penggunaan Kapasiti Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) kepada 70% menjelang 2050, berbanding kepada 25% pada masa ini.” Nik Nazmi Nik Ahmad.

Berkaitan

  • Nuklear Malaysia Sedang Jalankan R&D Biak Baka Mutasi Rumput Bagi Tangani Isu Sekuriti Makanan
  • Perbandingan Internet Fiber Di Malaysia Untuk Tahun 2023
  • Pakej 5G Rahmah: U Postpaid 68 Ditingkatkan Kuota Sebanyak 2 Kali Ganda

Sumber: FB Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, nrecc.gov.my, BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY