Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SuperGPS Beri Ketepatan Lokasi Sehingga 10cm

SuperGPS Beri Ketepatan Lokasi Sehingga 10cm

Diterbitkan November 20, 2022 ยท Dikemas kini November 20, 2022 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Vrije Amsterdam sedang menguji teknologi lokasi terbaru yang jauh lebih maju daripada teknologi GPS yang ada digunakan ketika ini.

Penyelidik yang menjalankan ujian itu mendakwa, projek teknologi yang mereka namakan sebagai SuperGPS mensasarkan untuk menjadikannya sebagai alternatif kepada sistem ketepatan lokasi yang menggunakan satelit.

Teknologi sedia ada ketika ini, kebanyakan infrastruktur bergantung pada sistem satelit navigasi global seperti GPS (Amerika Syarikat) dan Galileo (Kesatuan Eropah).

Berkaitan

  • Jom Sertai Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2022 MCMC
  • Belum Sokong Pembayaran Google Pay, Maybank Akan Pertimbang Kelak
  • India Ikut Jejak Langkah EU, Cadang Untuk Seragamkan Port Pengecasan Peranti

Namun sistem navigasi yang bergantung pada satelit ini mempunyai had dan kelemahan yang ketara. Apabila diterima di Bumi, isyarat radio menjadi lemah dan kedudukan yang tepat tidak dapat dilakukan apabila isyarat radio dipantulkan atau disekat oleh bangunan.

Sebaliknya, SuperGPS menggunakan rangkaian telekomunikasi yang didakwa mampu memberikan kedudukan lokasi lebih tepat dan boleh dipercayai berbanding GPS.

“”Kami telah berjaya membangunkan sistem yang boleh menyediakan ketersambungan seperti yang dilakukan oleh rangkaian mudah alih dan Wi-Fi sedia ada, serta kedudukan yang tepat dan pengagihan masa seperti GPS.”” Jeroen Koelemeij, Universiti Vrije Amsterdam.

Sumber: Scitech Daily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY