Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
internet slow

Jom Sertai Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2022 MCMC

Diterbitkan November 17, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, mereka kini sedang menjalankan Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2022 untuk mengumpul data berkaitan kualiti pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar di Malaysia.

Soal selidik tersebut yang dijalankan melalui kaedah dalam talian sudah pun bermula dari 8 November 2022 lepas dan akan berakhir pada 31 Disember 2022.

Untuk menyertai soal selidik itu, anda mestilah berumur 15 tahun dan ke atas dengan menggunakan kod QR atau pautan di bawah:

Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2022

https://survey.skmm.gov.my/efm/se/6D5CBBB622CE1878

 

MCMC menyatakan, tujuan soal selidik ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Tiada sebarang data peribadi akan dikutip seperti nama penuh, kad kredit/debit atau maklumat bank bagi soal selidik ini.

Juga tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan.

Data yang dikumpulkan melalui platform dalam talian ini menggunakan teknologi penyulitan SSL, disimpan dalam pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan dan alamat IP tidak disimpan.

Anda disarankan juga untuk membersihkan cache dan sejarah pengimbas komputer untuk melindungi privasi anda setelah menjawab soal selidik ini.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kedai Papan Kekunci Mecha Dibuka Malaysia, Rasa Dan Reka 'Keyboard' Anda Ikut Citarasa Sendiri
  • (Ulasan) Nothing Ear (Stick) - 'Lipstick' Mahal Untuk T20
  • MCMC Jenamakan Semula Program 'Mobile e-Waste' Kepada 'KITAR'

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY