Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SATELIT SWOT

Teknologi Baharu Komunikasi Berpotensi Ancam Sistem Pemantauan Iklim Bumi- PBB

Diterbitkan September 29, 2026 oleh ariff bukhari

Frekuensi radio yang diperlukan untuk ramalan cuaca, sistem amaran awal, pemantauan iklim dan pengurusan air mesti dilindungi daripada ancaman gangguan yang semakin meningkat berikutan teknologi baharu yang muncul, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Beberapa penderia (sensor) mengukur isyarat semula jadi yang sangat lemah pada frekuensi tertentu, menjadikan perlindungan daripada gangguan berbahaya amat penting.

Sistem-sistem ini membolehkan pemerhatian atmosfera, lautan dan daratan, serta penghantaran data yang menyokong amaran awal penyelamat nyawa, ramalan cuaca yang boleh dipercayai dan pemantauan iklim jangka panjang.

Namun, agensi telekomunikasi dan cuaca PBB memberi amaran pada Isnin bahawa peningkatan penggunaan frekuensi oleh perkhidmatan komunikasi radio lain, termasuk perkhidmatan tanpa wayar dan satelit, meningkatkan risiko gangguan yang menjejaskan jalur frekuensi yang diperlukan untuk sistem sedemikian.

Mereka memberi amaran bahawa gangguan frekuensi radio boleh mengganggu pengukuran, mengurangkan kualiti atau ketersediaan data dan seterusnya menjejaskan kebolehpercayaan ramalan serta amaran, yang mana ia memberi kesan kepada keupayaan pihak berkuasa untuk bersiap sedia dan bertindak balas terhadap bahaya alam sekitar.

Berhimpun di Geneva minggu ini untuk seminar pakar, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa kawal selia untuk melindungi akses kepada frekuensi yang amat penting bagi bidang meteorologi.

 

“Semasa kita bercakap sekarang, satelit sedang mengukur perubahan di lautan dan atmosfera kita,” kata ketua ITU Doreen Bogdan-Martin pada acara Isnin tersebut.

“Radar sedang menjejak ribut semasa ia berkembang,” jelas beliau, termasuk ribut kuat Nor’easter yang melanda kawasan kediamannya di koridor Timur Laut AS yang padat dengan penduduk pada hujung minggu, mengakibatkan bekalan elektrik terputus bagi ribuan penduduk dan mengorbankan sekurang-kurangnya seorang mangsa.

Ramalan Unik

“Spektrum bebas gangguan memastikan ramalan cuaca kekal tepat, amaran kecemasan dan peringatan disampaikan tepat pada waktunya, serta data iklim boleh dipercayai supaya komuniti dapat bersiap sedia, bertindak balas dan membina daya tahan,” tegas Bogdan-Martin.

 

“Mencegah gangguan radio yang berbahaya adalah soal keselamatan awam dan boleh menyelamatkan nyawa.”

Radar cuaca, sistem lokasi petir, pemerhatian pesawat dan maritim, pemantauan hidrologi dan sistem penting yang lain semuanya bergantung pada jalur frekuensi ini untuk mengumpul dan bertukar data.

Bercakap kepada perhimpunan Isnin itu, ketua WMO Celeste Saulo menjelaskan bagaimana sistem tersebut berfungsi.

 

“Satu-satu ribut mendedahkan dirinya melalui isyarat semula jadi yang lemah yang dipancarkannya dan melalui gema yang dikembalikan oleh isyarat yang kami hantar untuk membuktikannya,” katanya.

“Secara asasnya, semua ini berlaku kerana terdapat hubungan fizikal antara saiz titisan air dan saiz kristal ais di dalam awan dengan spektrum frekuensi,” jelas beliau.

Frekuensi ini, katanya, “membolehkan pemerhatian yang tidak boleh disediakan oleh mana-mana frekuensi lain”.

 

“Jalur-jalur ini mesti dilindungi.”

– AFP

Berkaitan

  • Singapura Rancang Bangunkan Satelite Kesan Kepulan Gas Berbahaya
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Amazon Leo Rancang Lancar Sehingga 5,105 Satelit Untuk Sambungan Terus Ke Telefon Pintar
  • 2 Satelit Baharu Dilancar Ke Orbit Bumi, Kaji Proses Fotosintesis Dan Ukur Ketinggian Ombak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY