Pakar Mula Guna Teknologi AR Untuk Pembedahan Ganti Lutut

Untuk mereka yang mengalami sakit artritis yang teruk pada sendi lutut, pembedahan penggantian lutut menjadi pilihan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Lebih menarik, pakar bedah ortopedik kini mempunyai alat baharu untuk penggantian lutut iaitu teknologi realiti terimbuh (AR).

Dengan teknologi AR, pakar bedah melihat data dengan cermin mata pintar khas atau visor berasaskan topi keledar sambil mengekalkan pandangan pembedahan.

Set kepala realiti maya (VR) umumnya menyekat penglihatan pengguna dan membuatkan pengguna berasa seperti berada di tempat lain.

Oleh itu, realiti terimbuh berbeza daripada realiti maya.

Prosedur penggantian lutut menggunakan teknologi AR


Teknologi AR menindih (superimpose) kandungan digital, seperti data dan imej 3D, pada paparan pengguna.

Dalam prosedur penggantian lutut menggunakan AR, pakar bedar akan mengambil imbasan lutut tomografi komputer pesakit dan memuatkannya ke dalam platform berasaskan awan seperti NextAR Medacta, yang mencipta model lutut 3D.

Model 3D ini digunakan untuk perancangan praoperasi, seperti menentukan berapa banyak tulang dan tulang rawan yang rosak untuk dikeluarkan dan menentukan penempatan optimum untuk implan berdasarkan anatomi khusus setiap pesakit.

teknologi ar Kapsyen: Sumber: The Wall Street Journal


Pada permulaan setiap prosedur, pakar bedah akan memakai sepasang cermin mata AR, dengan kanta lutsinar, yang memaparkan paparan digital untuk melihat lutut pesakit dan parameter perancangan pembedahan dalam membantu meletakkan implan dengan tepat.

Skrin paparan di dalam cermin mata boleh menunjukkan model 3D kaki dengan gambar rajah potongan yang dirancang.

Paparan yang dilihat ini interaktif, jika pakar bedah membuat potongan tepat seperti yang dirancang, garis hijau akan muncul semasa instrumen bergerak.

Jika potongan yang dilakukan salah, garisan menjadi merah.

Pakar bedah menggunakan maklumat ini dengan tepat dan menerima maklum balas masa nyata apabila mengeluarkan tulang dan rawan (cartilage), dan meletakkan implan lutut.

Apabila kepala pakar bedah bergerak, sistem menggerakkan maklumat dalam medan visual pakar bedah.

https://youtu.be/RDNTEqAlkK8

Dr. Taunton, seorang pakar bedah ortopedik, berkata dia bermula dengan mengumpul data dari kaki pesakit, memasukkannya ke dalam komputer, dan menggunakan maklumat itu untuk membantu menentukan cara terbaik untuk mengeluarkan jumlah tulang yang betul, dalam sudut yang betul, untuk kesesuaian dan penjajaran terbaik.

Dengan AR, pakar bedah dapat menggunakan navigasi dan kekal fokus pada pesakit, dan tidak perlu mengalihkan pandangan.

Pembedahan penggantian lutut juga boleh dilakukan dengan lebih cekap dan tepat.

Sumber: The Wall Street Journal, Nomisec

Baca juga: