Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
For Featured Image

Teknologi 5G Norway Boleh Beri Manfaat Kepada Industri Perkapalan Malaysia

Diterbitkan Mac 1, 2024 · Dikemas kini Mac 1, 2024 oleh ariff bukhari

Hasil daripada lawatan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ke pusat operasi jarak jauh (ROC)  di Horten Harbour, menyaksikan  sendiri kemajuan teknologi 5G dalam operasi maritim Norway disediakan Telenor Maritime, beliau berkata, ia boleh memanfaatkan industri perkapalan Malaysia, terutamanya sektor minyak dan gas serta logistik.

Telenor Maritime menawarkan rangkaian berkelajuan tinggi dalam rangkaian tertutup dan selamat kepada Massterly, syarikat pertama di dunia yang mengendalikan kapal autonomi di laut.

Ia mempamerkan kapal autonomi dan bagaimana pautan komunikasi berbeza, termasuk sistem persendirian 5G, menghubungkan kapal itu kepada ROC.

Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia

“Memandangkan kita belum melancarkan sepenuhnya rangkaian persendirian 5G di Malaysia, saya berpandangan bahawa terdapat banyak potensi, dan dalam jangka panjang, ia akan memberikan manfaat kepada Malaysia,” ketika bercakap  kepada Bernama.

Beliau menmbah, “Rangkaian 5G tidak semestinya adalah rangkaian pengguna sahaja, memandangkan kemungkinan besar ia adalah Internet industri dan kes gunaan daripada 5G yang akan membantu perniagaan.”

Menteri Komunikasi ketika ini dalam lawatan kerja dua hari ke Norway menghadiri ‘Perbincangan Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya’ anjuran Telenor Group bermula 29 Feb hingga 1 Mac 2024.

Berkaitan

  • Pengguna 5G Di Malaysia Kini Cecah 29.9% - Fahmi Fadzil
  • 5G Malaysia Paling Konsisten Di Dunia - Ookla
  • HONOR Dan GSMA Ambil Langkah Pertama Teroka Masa Depan 6G

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY