Teknologi 5G Malaysia Akan Beri Tumpuan Ke Atas Sembilan Industri

Teknologi 5G Malaysia yang akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini akan memberi tumpuan penuh ke atas sembilan industri. Antara industri yang terbabit adalah :

  1. Pertanian

  2. Pendidikan

  3. Hiburan

  4. Penjagaan Kesihatan

  5. Pembuatan

  6. Minyak dan Gas

  7. Bandar Pintar

  8. Pengangkutan Pintar

  9. Pelancongan


Teknologi 5G amat penting kerana ia merupakan pelaburan dalam jalur lebar yang berkait secara langsung dengan pertumbuhan ekonomi. Selain menyediakan infrastruktur komunikasi bagi rakyat, ia juga menyediakan peluang kepada usahawan kecil untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti ekonomi.

Selain itu, teknologi 5G merupakan sesuatu yang perlu kepada ekonomi Malaysia memandangkan ia mampu memperkasakan semula industri yang menjadi nadi kepada ekonomi negara. Berkemungkinan, menjelang Jun ini enam negeri dijangka akan menyelesaikan projek demonstrasi 5G mereka.

Sumber : Bernama