Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Failkan Paten Peranti Dengan Empat Lubang Pada Skrin

Vivo Failkan Paten Peranti Dengan Empat Lubang Pada Skrin

Diterbitkan Disember 31, 2019 ยท Dikemas kini Januari 2, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Vivo dengan skrin empat lubang

Peranti dengan skrin berlubang perkara baru dalam arena telefon pintar dimana ia dimulakan oleh Samsung. Memberikan paparan lebih luas tanpa takuk dan penggunaan kamera hadapan terangkat, lensa selfie dimuatkan pada rekaan berlubang tersebut.

Pada masa akan datang, rekaan paparan itu mungkin akan lebih galak digunakan oleh pengeluar. Salah satu daripadanya Vivo yang sedia memfailkan paten skrin paparan dengan empat lubang. Difahamkan, pemfailan paten ini dibuat dibuat oleh Vivo pada Julai tahun lalu dan seterusnya mendapat kelulusan pada 27 Disember.

vivo paparan empat lubang

Terdapat tiga rekaan paparan berlubang kuad kamera yang dirancang Vivo. Pertama, rekaan berlubang diletakkan pada setiap penjuru paparan. Kedua, dwi lubang berada pada bucu kanan dan kiri dan ia kelihatan saiznya lebih besar sedikit berbanding dengan rekaan yang lain. Rekaan terakhir lebih kurang sama seperti rekaan kedua tetapi dengan lubang yang kecil.

vivo paparan empat lubang

Satu lagi gambar yang turut difailkan oleh Vivo turut memperlihatkan panel belakang peranti. Ia menawarkan tetapan kuad kamera dengan lokasi peletakkannya berada pada bahagian kiri. Melalui perkembangan terbaru ini, ia memberi gambaran Vivo mahu lebih fokus kepada penawaran kamera selfie yang berkuasa.

Walaupun paten ini sudah mendapat kelulusan, ia tidak bermaksud peranti ini akan dihasilkan dalam masa terdekat. Mungkin pada masa akan datang atau mungkin juga sekadar dipatenkan sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY