AirAsia Sahkan Insiden Serangan Siber Terhadap Sistem Mereka

AirAsia Group telah menjadi mangsa atas serangan siber pada 11 dan 12 November oleh sebuah kumpulan penggodam bergelar Daixin Team.

Melalui serangan tersebut, kumpulan itu dikatakan mengumpul data peribadi milik 5 juta orang penumpang serta pekerja syarikat penerbangan berkenaan.

Daixin Team telah menyediakan dua fail .csv kepada AirAsia Group. Fail yang pertama memiliki maklumat mengenai nama penumpang manakala yang kedua memiliki pelbagai jenis maklumat mengenai pekerja-pekerja di syarikat penerbangan tersebut.

{suggest}

AirAsia Group memberi respon yang pantas kepada Daixin Team sebaik sahaja menerima kedua-dua fail ini.

Perunding untuk kumpulan tersebut menyatakan bahawa mereka akan buang semua data tersebut jika digantikan dalam bentuk pembayaran.

Namun, AirAsia tidak melakukan sebarang rundingan harga kerana mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk membayarnya.

Butiran mengenai proses rundingan antara AirAsia antara Daixin Team masih lagi tidak diketahui.

Namun, kumpulan penggodam tersebut menyatakan bahawa AirAsia mempunyai sistem keselamatan yang rendah hinggakan mereka tidak perlu berusaha lebih untuk mencerobohi sistem tersebut.

Daixin AirAsia

Untuk beberapa tahun yang lepas, entiti di Malaysia kelihatan kerap menjadi mangsa serangan siber dan bukan AirAsia sahaja syarikat penerbangan yang diserang sebegini.

AirAsia telah mendakwa pada sebelum ini bahawa data mereka telah dicuri namun tidak diteruskan kerana sistem terlalu lemah.

Sumber:LowYat

Berkaitan