Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TCL skrin lipat 3

TCL Tayang Telefon Pintar Boleh Lipat 3 Bersaiz 7.85 Inci Pertama Di Dunia

Diterbitkan Mei 20, 2024 · Dikemas kini Mei 20, 2024 oleh ariff bukhari

Pada pameran SID Display Week 2024 yang telah berlangsung di San Jose, Amerika Syarikat, TCL dari China telah melancarkan telefon pintar boleh lipat tiga 7.85 inci pertama di dunia.

Skrin boleh lipat tiga yang digelar “Free-type,”, ialah teknologi yang dibangunkan sendiri oleh TCL Huaxing yang menyokong konfigurasi lipatan “berbentuk G” dan “Z”.

Fleksibiliti ini membolehkan skrin diratakan sepenuhnya, dengan nisbah yang hampir menyerupai nisbah paparan tablet arus perdana semasa.

Keupayaan skrin ini untuk menyesuaikan diri dengan corak lipatan yang berbeza memberikan pengguna pengalaman mudah alih yang unik dan serba boleh.

Skrin boleh lipat tiga TCL ini menggabungkan pelbagai teknologi kuasa rendah, termasuk Tandem, LTPO dan PLP.

Teknologi ini bukan sahaja membolehkan kecerahan tinggi tetapi juga menawarkan kelebihan penggunaan kuasa yang rendah dan jangka hayat yang panjang.

TCL skrin lipat 3

Tidak sekadar itu, telefon pintar masa hadapan juga dijangka akan hadir dalam reka bentuk yang lebih nipis kerana skrin boleh lipat 3 ini ketebalan hanya 472 mikron, kurang daripada 0.5 mm dan miliki sudut pandangan skrin HVA 178°.

Inovasi ini menandakan pembangunan teknologi skrin boleh lipat yang semakin maju dengan dijangka akan tiba ke tangan penggguna sedikit masa lagi.

Kehadiran telefon pintar dengan skrin boleh lipat 3 ini juga sudah pastinya menjanjikan pengalaman yang baharu sepenuhnya.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY