Ura-ura yang sebelum ini yang mengatakan telefon ROG baharu akan melangkau penamaannya, kini ia rasmi dengan nama ROG Phone 5.
Ini bermakna, tiada telefon dengan nama ROG Phone 4 yang mana ramai mengetahui bahawa angka ini tidak "Ong".
Walau apapun, ROG Phone 5 akan dilancarkan lagi 19 hari iaitu pada 10 Mac 2021 jam 7 malam waktu Taipei.
Kami menjangkakan telefon gaming Asus ini lebih berkuasa berbanding model terdahulu.
Ini termasuk cip Snapdragon 888, bateri 6000mAh, skrin 6.78 inci OLED, RAM sehingga 16GB dan tiga tetapan kamera.
Antara ciri menarik yang dijangka adalah kehadiran AniME Matrix atau panel skrin kedua pada bahagian belakang.
Malah, telefon Asus ROG Phone 3 sebelum ini juga dipilih menjadi telefon pilihan dan popular dalam kalangan pembaca Wiser.MY.
Sumber: asus rog via xdadevelopers
Berkaitan
- Pengguna iPhone Dan iPad Mula Terima Ciri YouTube 'Picture-in-Picture'
- POCO X5 Pro Rasmi, Cip Snapdragon 778G Pada Harga Bermula RM1299
- Redmi K50 Dilapor Bakal Hadir Pada Disember Tahun Ini
- Walaupun Stok Terhad, Jualan PS5 Masih Tinggi
- realme C15 Dan C21 Turun Harga, Kini Lebih Murah
- Huawei P50 Dengan Snapdragon 888 Dijangka Diumum Hujung Bulan Julai
- Ini Adalah Hasil Gambar Dari Kamera Pixel 5a
- Xiaomi Mi 11 Lite 5G Diperkenalkan, Telefon Nipis Dengan Cip Snapdragon 780G
- U Mobile Dan Starhub Telah Berjaya Menjalankan Percubaan Panggilan Video Melalui Rangkaian 5G SA
- Illegear Pulse Dilancarkan, Sebuah Desktop Gaming Microtower Harga Bermula RM 5,699