Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
US China Tarif

China Umum Langkah Balas Terhadap AS, Kenakan Tarif Tambahan 34%

Diterbitkan April 5, 2025 · Dikemas kini April 5, 2025 oleh Amalina Athman

China pada Jumaat mengumumkan ‘langkah balas’ terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, termasuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 34% ke atas semua barangan dari AS serta sekatan eksport bagi beberapa unsur nadir bumi.

Tindakan ini bakal meningkatkan lagi ketegangan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Selain itu, China turut mengenakan sekatan terhadap kira-kira 30 organisasi dari AS, terutamanya yang berkaitan dengan industri pertahanan, menambah kepada puluhan syarikat AS yang telah dikenakan tindakan susulan tarif oleh Presiden AS Donald Trump.

Langkah balas ini diambil selepas Trump mengenakan tarif tambahan sebanyak 34% ke atas barangan dari China, yang meningkatkan jumlah keseluruhan tarif pada tahun ini kepada 54%.

“Tindakan Amerika Syarikat itu tidak selaras dengan peraturan perdagangan antarabangsa, secara serius menjejaskan hak dan kepentingan sah China, dan merupakan satu bentuk penindasan unilateral yang tipikal,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan China.

China menganggap pusingan tarif baharu AS sebagai pelanggaran “terang-terangan” terhadap peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan telah memfailkan tuntutan undang-undang di WTO.

Kementerian Kewangan China akan melaksanakan tarif tambahan 34% ke atas semua import dari AS mulai 10 April 2025, selain tarif 10%-15% yang telah dikenakan ke atas beberapa barangan pertanian serta mesin tenaga AS pada Februari dan Mac.

Sementara itu, Trump dalam responsnya mendakwa China panik dan telah membuat kesilapan.

“China membuat kesilapan, mereka panik – sesuatu yang tidak boleh mereka lakukan!” tulisnya pada Jumaat.

Berkaitan

  • China Kenakan Tarif Balas Ke Atas Produk AS, Google Turut Disiasat
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • 'Tarif Balas' Trump Berpotensi Jejas Strategi Apple Pelbagaikan Rantaian Bekalan
  • Trump Sedia Pertimbang Pelepasan Tarif Jika China Luluskan Perjanjian TikTok

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY