Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengerusi MCMC baharu

Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din, Pengerusi MCMC Yang Baharu Bagi Tempoh 2 Tahun

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, berkuat kuasa pada 1 Mac 2023 ini, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi MCMC yang baharu bagi tempoh selama 2 tahun.

Beliau menggantikan YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain yang mengakhiri perkhidmatannya sebagai Pengerusi Interim pada 28 Februari 2023.

Tan Sri Mohamad Salim merupakan mantan Pengerusi Interim MCMC selain berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya MCMC.

Pengerusi MCMC baharu

Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan seperti Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Pengasas Kumpulan Gapurna Sdn Bhd serta Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad.

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Mohamad Salim di atas perlantikan tersebut dan ucapan terima kasih juga kepada Datuk Muhammad Azmi atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Interim sepanjang tempoh menerajui MCMC.

Berkaitan

  • U Mobile Lancar Pakej Perpaduan: RM30, 30GB, 3Mbps
  • Pakej Perpaduan CelcomDigi Juga Dilancar, Ada Pas Tambahan Internet Serendah RM3
  • 8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih
  • TM Menang Anugerah Perkhidmatan Keselamatan Siber Terbaik Malaysia 2022

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY