Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
F&S Award for TM One Cybersecurity 2022

TM Menang Anugerah Perkhidmatan Keselamatan Siber Terbaik Malaysia 2022

Diterbitkan Februari 28, 2023 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (“TM”) menerusi cabang penyelesaian perusahaan dan sektor kerajaan, TM One telah dipilih  sebagai pemenang Anugerah Perkhidmatan Keselamatan Siber Terbaik Malaysia, Frost & Sullivan untuk 2022.

Pasukan Penyelidikan Keselamatan Siber  Global di Frost & Sullivan, Anh Tien Vu menyatakan, TM One dipilih sebagai pemenang bagi kategori itu adalah berdasarkan keupayaan dan kebolehan keselamatan sibernya yang meluas.

Rangkaian lengkap perkhidmatan dan infrastruktur keselamatan siber, serta pemahaman syarikat itu yang mendalam tentang lanskap pasaran Malaysia serta secara berterusan mempertahankan reputasi kukuh dalam memenuhi keperluan keselamatan para pelanggannya dengan berkesan menyebabkan TM One diiktiraf oleh mereka.

Naib Presiden Eksekutif, TM One, Shazurawati Abd Karim berkata, Pusat Pertahanan Siber TM One (TM One Cyber Defense Centre – CYDEC)  mereka yang terkhusus turut bekerjasama dengan organisasi lain untuk menilai keupayaan keselamatan siber dan menyediakan  khidmat nasihat bagi membantu organisasi bertindak balas terhadap  ancaman siber dengan lebih berkesan.

Frost &  Sullivan memuji usaha gigih TM One dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan siber terbaik di mana TM One telah memperoleh pengesahan dan kerjasama daripada pihak berkuasa siber tempatan,  seperti Cybersecurity Malaysia dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) melalui  pelaksanaan amalan terbaiknya dan infrastruktur bertaraf dunia yang disokong oleh pakar.

Berkaitan

  • TM Dan Telefónica Tech Bekerjasama Membina Program Keselamatan Siber
  • TM One Kini Penyedia Perkhidmatan Awan Bagi Pelanggan HONOR Di 3 Benua
  • 8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih

Sumber: Media TM One

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY