Tambah RM 300 Dalam Pembelian OPPO Reno 2, Anda Berpeluang Memiliki DJI Osmo Mobile 3

Telefon pintar pada masa kini sudah menjadi semakin baik dalam menstabilkan dalam rakaman video. Apabila anda memegang peranti sambil merakam video, pasti adanya pergerakan, gegaran dan sebagainya. Kegunaan gimbal sangat penting untuk membantu mengurangkan masalah tersebut dan menjadikan rakaman video anda lebih sempurna.

OPPO Malaysia baru-baru ini mengumumkan mereka bekerjasama dengan DJI Osmo Mobile 3 dalam tawaran pakej eksklusif mereka yang akan datang.

Bermula 17 sehingga 16 Februari 2020, pengguna yang menambah RM 300 pada setiap pembelian OPPO Reno 2 atau OPPO Reno 10x Zoom versi 12GB RAM berpeluang untuk memiliki Set Combo Osmo Mobile 3 yang bernilai  RM 499.

Pengguna boleh dapatkan di kedai rasmi dalam talian OPPO dan mengambilnya di OPPO Concept Store.