Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme

realme X2 Pro Master Edition Menangi Anugerah Kategori Reka Bentuk Produk Terbaik

Diterbitkan April 6, 2020 ยท Dikemas kini April 7, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Telefon pintar realme X2 Pro Master Edition baru-baru ini diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Reka Bentuk Produk 2020 di Anugerah Red Dot Design. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi syarikat realme dalam industri reka bentuk.

realme

Tampil dengan warna merah bata, peranti ini telah pun dipasarkan pada pasaran di Malaysia pada Disember tahun lepas. realme menawarkan edisi Master ini dengan harga RM 2,399. Peranti ini masih mengekalkan spesifikasi yang sama, di mana ia menyertakan fungsi imbasan cap jari pada paparan dan menjalankan sistem ColorOS 6.1.

realme

Bagi realme X2 Pro Master Edition yang bewarna Concrete, ia juga turut mendapat tempat dalam kejayaan ini. Akan tetapi, warna tersebut tidak dipasarkan untuk pasaran di Malaysia.

Kemenangan dalam kategori Reka Bentuk Produk ini setanding dengan produknya kerana warna Red Brick dan Concrete pada panel belakang nampak lebih kemas. Selain itu, pereka bagi edisi ini iaitu Naoto Fukasawa turut mempamerkan tandangan beliau pada panel belakang peranti.

Naoto Fukasawa dikatakan telah mendapat inspirasi untuk rekaan tersebut daripada tekstur bahan binaan biasa dalam kehidupan. Ia juga sering dipuji oleh pengguna kerana mencipta reka bentuk ‘trendsetting’ yang luar biasa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY