Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme c3

realme C3 Akan Dilancarkan 3 Mac Ini Pada Pasaran Tempatan

Diterbitkan Februari 26, 2020 oleh Syifa' Syakinah

“realme C3 adalah telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio G70. Telefon pintar ini juga merupakan salah satu model yang paling dinanti-nantikan yang menggunakan UI realme yang baru diperkenalkan dengan perisian Android 10. Peranti ini akan menjadi satu lagi produk lompatan ke hadapan dan kami berharap rakyat Malaysia akan menyukainya dengan fungsi kamera, permainan mudah alih atau media sosial. realme C3 dibina untuk memberi anda pengalaman telefon pintar yang pantas dan licin. ” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

realme Malaysia hari ini mengumumkan akan mengadakan pelancaran bagi peranti terbaru mereka iaitu realme C3. Pelancaran tersebut akan dilakukan secara maya menerusi laman rasmi Facebook dan Youtube realme sendiri pada 3 Mac ini jam 2.30 petang.

realme C3

 

realme C3 dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G70 dengan proses 12nm yang memfokuskan gaming untuk peranti bajet. Peranti ini merupakan yang pertama menggunakan cip berkenaan. Ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.5 inci dan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Bagi pengguna yang berminat untuk menyaksikan, anda boleh menonton di laman rasmi Facebook tau Youtube mereka. Bagi jualan dalam talian, anda boleh dapatkan realme C3 secara eksklusif pada 3 Mac ini jam 6 petang di platform Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY