Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple samsung

Takut Dibawa Ke Mahkamah Oleh Qualcomm Lagi, Apple Buat Rayuan Tapi ‘Kalah’

Diterbitkan Jun 28, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa tahun dulu, Apple telah kalah dalam kes paten dan perlu membayar sejumlah $31 juta(~RM127 juta) kepada Qualcomm.

Apple dan Qualcomm kemudian menandatangani perjanjian perlesenan 6 tahun yang melibatkan wang yang tamat pada 2025 kelak.

Ia membolehkan kedua-duanya ‘berbaik’ dengan Apple boleh menggunakan ribuan paten Qualcomm.

Terbaru, Mahkamah Agung AS menolak rayuan Apple untuk pendengaran semula dua paten Qualcomm yang menjadi sebahagian daripada kes dibicarakan 2017 dulu.

Hal ini kerana Apple gusar Qualcomm akan mengambil tindakan undang-undang lagi selepas persetujuan ditandatangani akan tamat pada 2025 atau 2027.

Hujah Apple, Qualcomm tidak menyatakan atau berjanji untuk tidak menyaman mereka pada masa akan datang dan mempunyai sejarah tindakan undang-undang yang agak agresif.

Tetapi, Qualcomm pula berkata Apple tidak menunjukkan sebarang ‘kecederaan’ konkrit yang membolehkan Apple diambil tindakan undang-undang.

Selain itu, media juga melaporkan kerajaan Biden juga telah meminta Mahkamah Agung AS untuk menolak rayuan Apple pada April lepas.

Sumber: 9To5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY