Kalah Kes Berkaitan Paten, Apple Diarah Bayar $31 Juta Kepada Qualcomm

Qualcomm dan Apple telah mempunyai masalah di antara mereka sejak beberapa tahun yang lalu.

Antara punca masalah tersebut ialah Qualcomm menuduh Apple telah melanggar hak kepada tiga paten mereka pada peranti yang dibangunkan.

Dua daripadanya adalah melibatkan model iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X manakala satu lagi paten melibatkan iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Kapsyen: MacRumors


Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan baru baru ini Mahkamah California membuat keputusan bahawa Apple telah didapati bersalah dalam kes ini.

Hal ini telah mengakibat syarikat pengeluar iPhone itu perlu membayar sejumlah $31 juta(~RM127 juta) kepada Qualcomm.

Ia satu jumlah yang besar namun bagi sebuah syarikat yang mencatatkan jualah lebih $265 bilion(~RM1.08 bilion) pada tahun lalu, Apple tidak mempunyai masalah untuk membayarnya.

Kapsyen: Qualcomm


Namun Qualcomm tetap berpuas hati dengan keputusan ini di mana ia menunjukkan bahawa teknologi mereka adalah bernilai dan tidak boleh digunakan atau diubahsuai sesuka hati.

Tambahan pula, kes ini hanyalah salah satu daripada beberapa tuntutan yang dibuat Qualcomm kepada Apple.

Satu lagi kes dijangka akan diperdengarkan di mahkamah pada bulan hadapan, di mana ia dikatakan melibat nilai tuntutan sehingga berbilion dollar.

 

Sumber: Android Authority