Tak Perlu Telefon, Pengguna Setel Kelak Boleh Isi Minyak Terus Daripada Apple Watch

Siapa yang tak kenal Setel? Aplikasi daripada Petronas yang tujuan utamanya memudahkan pengguna mengisi minyak hanya melalui aplikasi di telefon pintar.

Mengorak langkah ke depan, Setel di akaun di Twitter memberi bayangan bahawa aplikasi tersebut akan hadir ke platform Apple Watch iaitu watchOS kelak.

Ini bermakna pengguna dapat mengisi minyak di Petronas dengan tangan mereka (seperti biasa) namun langsung daripada jam tangan Apple Watch mereka tanpa menyentuh telefon seperti sekarang.

Setel Apple Watch Kapsyen: Sumber: Lowyat.net daripada Melan Yapa.


Lowyat.net berjaya mendapatkan antara muka untuk aplikasi tersebut daripada halaman milik Melan Yapa, salah seorang pembangun Setel namun ia telah dikunci dan tidak dapat diakses.

https://twitter.com/setel_my/status/1518521565209452544?s=20&t=wV9CQyoVMzNpkOHSCKcqMA

Berdasarkan imej tertiris, cara menggunakannya sama saja seperti menavigasikan Setel pada telefon. Tiada sebarang imbasan mahupun sentuhan diperlukan untuk pembayaran.

Setel Apple Watch Kapsyen: Antara muka Setel di watchOS. Sumber: Lowyat.net Sumber: Lowyat.net daripada Melan Yapa.


Menurut sumber, ia dijadual untuk dilepaskan pada Disember lalu namun akan hadir tidak lama lagi kerana twit daripada Setel semalam.

Ini pastinya berita gembira buat pengguna kerana memberi mereka lebih banyak pilihan untuk mengisi minyak.

Sumber: Amanz, Lowyat.net

Baca juga: