Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Boleh Lagi Tipu, Bank RHB Lancar ‘Sound Box’ QR DuitNow

Tak Boleh Lagi Tipu, Bank RHB Lancar ‘Sound Box’ QR DuitNow

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Muhd Idham

Kumpulan Perbankan RHB dan PayNet Malaysia telah bekerjasama dalam pelancaran kotak bunyi (sound box) DuitNow QR Plug & Play yang bertujuan menjaga keselamatan transaksi antara pengguna dan peniaga.

Inovasi yang diperkenalkan ini berfungsi sebagai alat pencegah penipuan elektronik dengan sokongan daripada kod QR DuitNow dan sistem transaksi di tempat penjual.

rhb duitnow

Berdasarkan gambar di atas, kotak bunyi ini berperanan untuk memberikan pemberitahuan dalam bentuk bunyi dan paparan visual melalui telefon pintar kedua belah pihak setelah mereka melengkapkan transaksi duit sesama mereka.

Untuk penggunaan fasa awal, mereka akan mula melancarkan kaedah ini untuk kegunaan perusahaan kecil dan sederhana yang terletak di pinggir bandar pada bulan Disember 2023 ini.

Namun begitu, peniaga yang menggunakan volum transaksi kewangan yang tinggi termasuk kedai makanan dan minuman (F&B), kedai runcit, pasar malam dan lain-lain akan terima inovasi ini pada bulan Januari 2024.

Berkaitan

  • realme GT3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2799
  • Selepas iPhone, Foxconn Mahu Kilangkan EV Pula
  • Jalan Raya Boleh Cas EV Secara Wayarles Pertama Di Dunia Siap Dibina
  • Jualan PlayStation 5 Kini Melepasi 50 Juta Unit

Sumber: Siaran Media RHB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY