Ikuti kami di media sosial

Berita

Taiwan Excellence e-Sport Cup 2019 Mahu Cungkil Bakat Pemain Tempatan

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 (TEEC 2019) merupakan initiatif dari kerajaan Taiwan dalam usaha mereka untuk memberi peluang kepada bakat-bakat pemain berpotensi yang belum dicungkil oleh mana-mana organisasi dan membawanya ke pentas antarabangsa.

TEEC 2019 menampilkan beberapa permainan eSukan popular antaranya seperti Defence of The Ancients (Dota 2), Counter Strike: Global Offence (CS:GO), League of Legends (LOL) dan Mobile Legends: Bang Bang yang merangkumi pelbagai platform seperti PC dan mudah alih. Pertandingan tersebut telah memasuki edisi ke-4 ini akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 113,000.00. Bagi pemenang CS:GO pula, mereka berpeluang menyertai pertandingan akhir yang akan diadakan di Taiwan nanti.

Kami berkesempatan menghadiri pertandingan kelayakan ke-9 yang berlangsung di Cove Esports, Bandar Sunway. Dengan pengunjung melebihi 200 orang, mereka dihidangkan dengan aksi 32 pasukan yang cuba merebut salah satu slot akhir yang akan diadakan di Berjaya Times Square pada bulan Oktober.

-- Iklan --

TEEC 2019 juga melibatkan penaja-penaja dari Taiwan yang juga merupakan jenama popular dalam pasaran komputer seperti Acer, MSI dan ASUS. Jenama ini menyumbang kelengkapan mereka bagi memeriahkan pertandingan tersebut. Kami di Wiser.my secara eksklusif menemu ramah jenama-jenama ini bagi mendapatkan pendapat mengenai perkembangan industri eSukan di Malaysia dan juga berita-berita terkini dari jenama mereka.

Menurut Jeffrey Lai, Pengurus Kanan Produk Acer, syarikat itu masih mementingkan penyelidikan dan pembangunan produk mereka. Beliau mengambil contoh produk komputer riba utama mereka, Predator Triton 900 mampu memuatkan cip pemprosesan Intel Core i9-9980HK yang tidak dapat ditangani oleh komputer riba dari segi haba yang terhasil.

Teknologi berpaten seperti AeroBlade 3D memastikan produk mereka sentiasa berprestasi tinggi dan mampu memberikan nilai tambah kepada produk mereka. Sambutan hangat diberikan pada Nitro 5, komputer riba dengan rekaan nipis dan juga Predator Helios 300 yang menampilkan spesifikasi gaming pada harga jauh lebih rendah.

Dalam memastikan produk mereka sentiasa berdaya saing, Acer sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan mereka bagi menghasilkan produk yang mempunyai permintaan tinggi.

Untuk MSI pula, Henry Chung sebagai Pengurus Besar MSI Malaysia menekankan yang MSI sentiasa memastikan semangat inovatif menjadi keutamaan dalam penghasilan produk mereka. Henry mengambil contoh MSI merupakan jenama pertama memperkenalkan papan kekunci mekanikal di dalam komputer riba, skrin paparan 240 Hz serta menjadi yang terawal memperkenalkan siri NVIDIA GeForce® RTX siri 20.

MSI mula memperkenalkan rangkaian gaming mereka pada tahun 2011 setelah menyedari potensi segmen pasaran ini sangat besar terutamanya Malaysia dimana kesedaran pengguna memilih untuk membeli barangan teknologi adalah tinggi.

Dengan cogan kata “Made for gamers and creators”, MSI sedang merangka strategi bagi meningkatkan kualiti sokongan kepada pelanggan mereka seperti menyediakan lebih pusat servis produk termasuk servis pembersihan kipas komputer riba secara percuma.

Akhir sekali pula bagi ASUS, mereka masih mengekalkan DNA Gaming dalam produk ROG yang sentiasa mengambil pendekatan inovasi dalam menghasilkan produk terbaru di pasaran. Penawaran mereka juga tidak terhad pada pasaran komputer kerana turut mengembangkan sayapnya ke pasaran mudah alih dengan telefon pintar ROG yang sudah memasuki generasi kedua melalui ROG Phone 2.

Jason Hsu, Pengurus Produk Gaming berkata beliau mengambil contoh mudah seperti Zephyrus S (GX701) yang mampu menawarkan komputer riba dengan chasis nipis bersama-sama kad grafik NVIDIA GeForce® RTX 2070 max-P.

ROG turut memastikan hampir kesemua produk mereka melepasi piawaian (MIL-STD 810) supaya pembeli berasa lebih yakin dengan ketahanan produk tersebut. ROG berharap dapat mewujudkan satu ekosistem lengkap untuk peminat mereka dari perkakasan komputer dan telefon pintar sehingga jenama pakaian yang melambangkan Republic of Gamers itu sendiri.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular