Sebuah syarikat beg dari Jepun, Maru Su Bags yang terletak di Bandar Tamba,Hyogo telah memperkenalkan inovasi baharu yang membolehkan beg galas bertukar menjadi jaket keselamatan sepantas satu minit.
Dikenali sebagai “LIFEBOX”, beg ini diperbuat daripada poliester dengan bahan apungan, menjadikan LIFEBOX bukan sekadar beg harian, tetapi juga alat persediaan berdepan bencana.

Penghasilan beg ini mendapat inspirasi daripaa insiden gempa bumi 2011di mana kemudiannya idea ini dilanjutkan selepas tragedi Noto 2024.
Sejak itu, prototaip diuji di kolam renang dan digunakan dalam kelas kesedaran bencana di sekolah.

LIFEBOX kini ditawarkan secara tempahan khas dengan harga bermula 37,400 yen (sekitar RM1,200) yang tersedia dalam tiga saiz untuk kanak-kanak dan dewasa.
Syarikat itu berharap pengeluaran secara besar-besaran beg ini akan dapat menurunkan kos agar lebih ramai mampu memilikinya.
{suggest}
