Persoalan Jangka Hayat Bateri Kenderaan Elektrik Akhirnya Terjawab

Bagi menjawab persoalan berapa lamakah sesebuah bateri kenderaan elektrik (EV) mampu bertahan, seorang penyelidik bernama Liz Najman telah menjalankan kajian ke atas jangka hayat bateri EV.

Beliau menyatakan, kita masih mempunyai sedikit pemahaman tentang cara  hayat bateri merosot.

Walaupun menurut pembuat kereta bateri EV sepatutnya mampu bertahan selama 20 tahun, tetapi setakat ini bateri EV mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada yang dijangkakan.

Ini kerana masih sangat sedikit daripada bateri EV telah diganti, walaupun setelah tempoh jaminan 8 tahun atau 16,000km tamat.

Berdasarkan pemerhatiannya beliau mendapati, banyak maklumat boleh diperoleh daripada kajian ke atas model-model kenderaan EV lama seperti Nissan LEAF dan Tesla Model S.

Ini kerana kedua-dua model EV itu sudah berada di jalan raya selama hampir sedekad.

Nampaknya bateri EV mempunyai hayat yang lama


Liz Najman berkata, setakat ini hanya berlaku dua isu penarikan semula bateri utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-duanya adalah berkaitan dengan isu serupa iaitu kecacatan pek bateri dalam Chevrolet Bolt EV dan EUV serta Hyundai Kona Electric.

Selain daripada dua penarikan balik major ini, tiada lagi isu penarikan bateri berlaku. Sekaligus menunjukkan isu seperti ini adalah jarang berlaku.

Carta di bawah menunjukkan kekerapan bilangan penggantian bateri yang dilaporkan pemilik dalam komuniti melibatkan sekitar 15,000 pemilik EV:



Daripada rajah di atas didapati, selain daripada dua kes pengeluar yang ketara, adalah tidak mengejutkan EV Nissan LEAF dan Model S  mempunyai peratusan penggantian bateri tertinggi.

Ini kerana 2 model itu adalah antara model EV tertua yang masih berada dalam pasaran sehingga ini.

Di bawah pula menunjukkan, penggantian bateri yang sama mengikut tahun model EV. Model EV lama biasanya lebih banyak penggantian bateri daripada model EV yang lebih baru.

Kapsyen: Kemuncak penggantian bateri pada 2017 adalah disebabkan oleh penarikan balik model EV Chevrolet Bolt, di mana keutamaan penggantian bateri diberikan kepada model 2017. Begitu juga, penarikan balik Hyundai Kona EV pada 2019 dan beberapa model 2020 yang menjelaskan kenaikan pada 2019.


Nic Thomas, Pengarah Pemasaran Nissan UK pernah memberitahu Forbes, "Hampir semua bateri yang pernah kami buat masih kekal di dalam kereta dan kami telah menjual kereta elektrik selama 12 tahun. Kami tidak mempunyai stok bateri yang besar yang boleh kami tukar kepada sesuatu yang lain."

Komen lain daripada syarikat itu termasuk oleh pengarah urusan Renault-Nissan Energy Services, Francisco Carranza menganggarkan bahawa bateri EV mungkin bertahan selama 22 tahun.

Salah satu lagi cara yang membolehkan pengguna memahami dan menganggarkan jangka hayat pada bateri EV adalah dengan melihat tempoh masa jaminan kilang ke atas bateri EV keluaran mereka.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang jangka hayat bateri EV anda, anda boleh memuat turun e-panduan yang disediakan Recurrent berdasarkan jenama dan model EV yang anda gunakan.



{suggest}

Sumber: Recurrent Auto