Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung TV

Beli Siri TV Neo QLED Samsung Baharu, Percuma Soundbar

Diterbitkan Mei 25, 2023 · Dikemas kini Mei 26, 2023 oleh Firdaus

Samsung Malaysia hari ini membawa masuk barisan TV Neo QLED mereka yang baru dengan 3 model utama diperkenalkan – QN800C, QN85C dan Q70C.

Beli Siri TV Neo QLED Samsung Baharu, Percuma Soundbar

Menariknya, Samsung Malaysia mengumumkan promosi istimewa sempena pelancaran barisan TV ini yang bermula pada hari ini hingga 11 Jun depan.

Samsung TV

Setiap pembelian siri TV Neo QLED baharu ini, layak menerima hadiah eksklusif Q-series Soundbar percuma yang bernilai hingga RM6,499. Dan model soundbar yang bakal anda terima bergantung kepada model TV yang anda beli.

Neo QLED 8K QN800C (Bermula RM17,699)

Samsung TV
Samsung TV

Model QN800C adalah siri Neo QLED paling berkuasa daripada Samsung ketika ini yang hadir dalam 3 ukuran – 65″, 75″ dan 85″.

Model ini dilengkapi ciri pintar seperti Quantum Matrix Technology Pro, Neural Quantum Processor 8K, Infinity One Design dan Dolby Atmos.

Anda boleh melihat spesifikasi penuh melalui pautan ini.

Neo QLED 4K QN85C (Bermula RM7,299)

Beli Siri TV Neo QLED Samsung Baharu, Percuma Soundbar

Untuk QN85C, siri ini menawarkan 3 saiz model TV – 65″, 75″ dan 85″. Dilengkapi sokongan resolusi dengan teknologi 4K, dan sokong kadar segar semula hingga 120Hz.

Berbanding QN800C, model ini mempunyai ciri utama seperti Quantum Matrix Technology, Neural Quantum Processor 4K, Dolby Atmos dan Smart Hub.

Anda boleh melihat spesifikasi penuh QN85C melalui pautan ini.

QLED 4K Q70C (Bermula RM4,999)

A QLED TV with a narrow neck plate is displaying blue graphic on its screen.

Untuk Q70C pula, siri ini memberikan 4 pilihan saiz untuk dipilih – 55″, 65″, 75″ dan 85″. Berbanding model Neo QLED yang lain, siri ini adalah yang paling berpatutan dari segi harganya.

Q70C dilengkapi 4 ciri utama – Quantum Processor 4K, Motion Xcelerator Turbo+, Quantum HDR dan Smart Hub.

Anda boleh melihat spesifikasi penuh Q70C melalui pautan ini.

Samsung TV

Menariknya, anda dapat menikmati 5 kelebihan eksklusif yang sangat berbaloi sekiranya anda membeli secara atas talian.

Peti Sejuk Samsung Dengan Jaminan 20 Tahun

Samsung TV

Selain barisan TV pintar yang baharu, Samsung juga turut melancarkan model peti sejuk BESPOKE masa depan mereka dengan 7 pilihan warna untuk anda pilih.

Beli Siri TV Neo QLED Samsung Baharu, Percuma Soundbar

Yang paling memberangsang sekali adalah Samsung memberikan jaminan compressor selama 20 tahun kepada anda.

Peti Sejuk BESPOKE ini mempunyai 3 pilihan saiz – 404L, 427L dan 476L. Dan ia dijual pada harga permulaan RM3,199. Anda boleh pergi ke pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.

Berkaitan

  • Guna TV Samsung? Anda Berpeluang Naik Taraf Ke TV Baharu Samsung Secara Percuma
  • Model CAD iPhone 16 Pro Max Dilihat Hadir Dengan Skrin Lebih Besar
  • Siri OPPO Reno10 Dilancar Di China
  • Assassin's Creed Mirage Hadir 12 Oktober, Pratempah Sudah Bermula
  • Tencent Lancar Pembayaran Guna Tapak Tangan Di China

Sumber: Siaran Akhbar Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY