Suunto kini melancarkan Vertical 2, jam tangan canggih yang direka untuk menemani ekspedisi paling mencabar serta perjalanan harian. Dengan pelbagai ciri yang dinaik taraf sambil mengekalkan jangka hayat bateri yang luar biasa, alat navigasi lanjutan, dan reka bentuk lasak yang menjadi kebanggaan siri Vertical sebelum ini.
Vertical 2 menampilkan sensor kadar denyutan jantung yang direka semula. Ia boleh mengesan degupan jantung dari pergelangan tangan dengan lebih tepat. Ini mampu membantu pengguna dalam memantau tahap kesihatan, aktiviti senaman, dan proses pemulihan.
Jam ini hadir dengan paparan AMOLED 1.5 inci berserta resolusi 466×466 bagi memaparkan imej yang lebih jelas dan tajam. Mudah untuk dilihat dalam semua keadaan termasuk di bawah terik matahari. Pemproses dan memori bagi jam ini juga dinaik taraf untuk memastikan operasi lebih pantas dan lancar.
Selain itu, lampu suluh LED terbina dalam pada bezel pula menawarkan tahap kecerahan boleh laras, mod cahaya merah untuk penglihatan malam, serta fungsi keselamatan seperti SOS dan mod denyutan jantung.

Juga dilengkapi peta luar talian percuma yang boleh diakses di jam tangan dan di aplikasi Suunto. Ia turut memaparkan garisan kontur, laluan, dan ciri muka bumi. Ini mampu memastikan pengguna sentiasa berada di laluan yang betul walaupun berada di kawasan dengan capaian rangkaian terhad.
Seterusnya, jam ini juga mempunyai ciri Climb Guidance Suunto yang mampu membantu pengguna bersedia dan menavigasi laluan berbukit atau bergunung. Ciri Quick Start Navigation pula membolehkan penukaran laluan tanpa mengganggu penjejakan aktiviti.
GPS berbilang jalur dan amaran cuaca akan memberikan ketepatan bagi menjamin keselamatan pengguna. Ciri ini sangat sesuai digunakan untuk menghadapi keadaan iklim tropika Malaysia yang tidak menentu.
Reka bentuk tahan lasaknya menggunakan keluli atau titanium. Ini menjanjikan ketahanan optimum kepada jam dan keselesaan sepanjang hari bagi pengguna dalam apa jua keadaan. Dikeluarkan dalam empat varian keluli tahan karat dalam warna hitam, hijau pain, kelabu Artik, dan canyon serta dua varian titanium dalam warna hitam dan sage.

Jangka hayat bateri yang terkemuka dalam kelasnya bagi Vertical 2 membolehkan penggunaan GPS sehingga 65 jam dalam mod dual-band paling tepat, serta sehingga 20 hari penggunaan sebagai jam pintar.
Hadir dengan tiga butang sisi memastikan operasi sentiasa lancar dalam semua keadaan cuaca termasuk ketika memakai sarung tangan. Juga didatangkan dengan 115 mod sukan, analisis latihan lanjutan, data altitud, serta masa matahari terbit dan terbenam.
Suunto Vertical 2 ini boleh didapatkan mulai hari ini dengan harga RM2,999 (keluli tahan karat) dan RM3,499 (titanium).
{suggest}
