Surface Laptop 3 Dan Surface Pro 7 Sudah Boleh Di Pra Tempah

Tempahan boleh dibuat di Microsoft Flagship Store Lazada, Microsoft Authorized Store Shopee Mall dan lain-lain.


2 Model terbaru komputer riba Microsoft iaitu Surface Laptop 3 Dan Surface Pro 7 kini sudah boleh di pra tempah oleh pengguna di Malaysia. Antara laman yang menawarkan pra tempah awal bagi 2 produk terbaru Microsoft ini adalah seperti Microsoft Flagship Store Lazada, Microsoft Authorized Store Shopee Mall,PC Image dan senQ.

Ketika diperkenalkan Microsoft pada awal Oktober lalu, Surface Laptop 3 ditawarkan dalam 2 saiz iaitu 13 inci dan 15 inci. Walaubagaimanapun setakat semakan yang dibuat, hanya model Surface Laptop 3 bersaiz 13 inci sahaja boleh di pra tempah ketika ini. Harga Surface Laptop 3 adalah bermula dari RM4,499.00.

Bagi peranti Surface Pro 7 pula,  harga jualannya adalah bermula dari RM5,499.00. Pembeli yang membuat tempahan awal mana-mana antara 2 produk ini akan turut menerima secara percuma perisian Microsoft Office 365 Personal yang berharga RM258.00 serta beberapa tawaran istimewa lain (bergantung pada peruncit).

Surface Laptop 3 Dan Surface Pro 7 didatangkan standad dengan pilihan cip pemprosesan Intel i5/i7 Gen-10.