Microsoft Perkenalkan 'Surface Laptop 3' 13 Inci Dan 15 Inci

Dikuasakan Oleh Cip Pemprosesan Intel Gen-10.


Acara Microsoft yang berlangsung sebentar tadi dimulakan dengan pengenalan komputer riba terbaru Microsoft, Surface Laptop 3.

Surface Laptop 3 kini ditawarkan dengan 2 pilihan saiz skrin iaitu 13.5 inci dan 15-inci. Bagi model 13.5 inci, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core generasi ke-10. Microsoft mendakwa, model tersebut adalah 3 kali lebih pantas dari model komputer riba Apple Macbook Air.

Manakala bagi model 15 inci pula, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan yang dibangunkan khas oleh   AMD, Ryzen Surface Edition.



Selain itu, Surface Laptop 3 turut dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas (bukan dari sambungan USB-C). Microsoft menyatakan, komputer riba tersebut mampu dicas sehingga baterinya mencapai kapasiti 80% dalam kurang dari sejam.

Surface Laptop 3 13.5 inci berharga dari USD999 dan Surface Laptop 3 bersaiz 15 inci pula berharga dari USD1,199.

Kedua-dua model komputer riba ini sudah boleh di pra tempah bermula dari hari ini di A.S dan dijangka akan diterima oleh para pembeli pada 22 Oktober nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=o3IQ1JrXnV8