Kini dengan sambungan USB-C.
Selepas pengenalan model terbaru Surface Laptop 3, Microsoft meneruskan pengenalan produk terbaru mereka, Surface Pro 7. Salah satu ciri utama yang difokuskan adalah kehadiran sambungan USB-C pada model terbaru Surface Pro tersebut.
Ia masih menggunakan rekaan dari model sebelumnya dengan dilengkapi skrin bersaiz 12.3 inci tetapi dengan perkakasan yang dinaik taraf. Kini dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel Core generasi ke-10 serta pilihan saiz storan bermula dari 128GB hingga 1TB.
Manakala sokongan kapasiti RAM masih dikekalkan dari versi terdahulu iaitu dari 4GB, 8GB dan 16GB.
Surface Pro 7 turut menyokong teknologi sambungan tanpa wayar Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0. yang didakwa Microsoft membolehkan peranti tersebut mampu beroperasi sehingga 10.5 jam.
Sokongan aksesori tambahan seperti papan kekunci dan pen stylus khas turut ditawarkan untuk pengguna Surface Pro 7 .
Surface Pro 7 berharga dari USD749 dan sudah boleh di pra tempah bermula dari hari ini di A.S dan dijangka akan diterima oleh para pembeli mereka pada 22 Oktober nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=V4Hwi3o2X0E
Berkaitan
- Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Anda Berstatus Kontak Kasual
- MSI Lancar 7 Produk Edisi Terhad Siri 'Monster Hunter'
- Pergerakan Rentas Negeri Dijadualkan Dari 7 Mei Hingga 10 Mei 2020
- Ini Prestasi Awal Capaian 5G iPhone 14 Pro Dan Pro Max Di 10 Buah Negara
- MySejahtera Dimuat Turun Lebih Daripada 700 Ribu Dalam Tempoh Seminit
- Jenayah Siber Pada 2018 Meningkat Hampir 2 Kali Ganda Berbanding 2017
- Proton Saga Original Hot Wheels Kini Di Pasaran, Harga Dalam Talian Sudah Cecah Ratusan Ringgit
- PDRM Telah Membuka Sebanyak 1,897 Kertas Siasatan Melibatkan Media Sosial
- iMac 2021 Kini Dikuasakan Oleh Cip Apple M1 Serta Ditawarkan Dalam 7 Pilihan Warna Menarik
- Pengasas Firma Kriptowang Dipenjara 7 Tahun Kerana Menipu Lebih Daripada USD25 Juta