Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sungai-Sungai Di Eropah Kering Dengan Teruk, Keadaan Membimbangkan

Sungai-Sungai Di Eropah Kering Dengan Teruk, Keadaan Membimbangkan

Diterbitkan Ogos 15, 2022 oleh ariff bukhari

Imej dramatik yang dirakam baru-baru ini memaparkan tahap air sungai yang kering dikebanyakkan sungai-sungai di Eropah.

Malah lebih separuh darinya berada dalam risiko untuk menjadi kering kontang kesan daripada gelombang haba berpanjangan yang melanda benua itu.

Suruhanjaya Eropah menyatakan analisis mereka mendapati sungai-sungai di benua itu mencatatkan penurunan tahap air sungai sehingga hampir 50%.

Malah 9% sungai-sungai di Eropah dan United Kingdom (UK) dilaporkan berdepan tahap kering yang serius.

Keadaan ini memberi tekanan terhadap pelbagai industri termasuk kepada petani yang mengharapkan bekalan air dari sungai untuk pengairan tanaman mereka.

Malah haiwan-haiwan juga banyak yang mati akibat suhu panas yang melanda benua itu.

Berkaitan

  • 'Doomsday Glacier' Makin Cepat Cair, Paras Laut Dunia Boleh Meningkat
  • Akibat Suhu Lebihi Paras Normal, Dunia Saksikan Ais Antartika Seluas Bandar Los Angeles Runtuh
  • 2 Aplikasi Android Ini Didapati Menyebabkan Isu Bateri Dan Peranti Terlebih Panas

The River Loire today, Loireauxence, Loire-Atlantique, France 🇫🇷 pic.twitter.com/eztDQLezVZ

— Desomag (@Desomag) August 10, 2022

Di UK, imej yang memaparkan Sungai Thames kering dengan teruk menjejaskan bekalan air kepada 15 juta penggunanya sehingga memaksa sekatan penggunaan peralatan seperti sistem pancutan air dan hos paip bagi mengelakkan pembaziran.

Ia selepas sumber utama untuk sungai itu didapati kering dengan tidak lagi mengeluarkan air untuk sungai tersebut dalam tempoh yang lama.

The U.K. is so hot and dry, the source of the River Thames has dried up – the first time since at least 1976. https://t.co/C8OHOE4kMg pic.twitter.com/B2Bh9hceDi

— CBS News (@CBSNews) August 12, 2022

“Jika kita tidak mendapat hujan pada bulan Ogos, malah, jika kita mempunyai musim sejuk yang kering, maka kita boleh berada dalam masalah yang teruk apabila tibanya musim bunga dan musim panas akan datang di mana kita benar-benar tidak mempunyai sebarang bekalan simpanan.” Hannah Cloke, Pakar iklim dan ahli hidrologi dari University Reading.

Beberapa tempat di England dan Wales telah mencatatkan suhu tertinggi mencecah 40 darjah selsius buat pertama kali pada bulan lalu selepas dilanda gelombang panas ektrem selama 4 hari.

Sumber: The Independent,REUTERS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY