Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol

Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Meor Hasyim

Tahukah anda, jualan kereta elektrik di Norway adalah sebanyak 54% pada tahun 2019.

Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol
Gambar hiasan

Ini menjadikan Norway sebagai negara pertama di dunia yang menjual kereta elektrik lebih banyak berbanding petrol, hibrid, atau diesel dalam satu tahun.

Di sana, kerajaan Norway telah bercadang untuk mengharamkan jualan kereta petrol dan diesel menjelang tahun 2025.

Menurut data yang diperoleh dari Norwegian Road Federation (OFV), peningkatan kenderaan dengan bateri elektrik telah meningkat kepada 54.3% pada 2020 berbanding 42% pada tahun 2019.

Sementara itu, kenderaan diesel pula menurun dari 75.7% pada 2011 kepada 8.6% pada tahun 2020.

Antara model kenderaan popular yang digunakan di Norway adalah Audi e-tron Sportback dan juga Tesla Model 3.

Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol
Tesla Model 3

Mengikut jangkaan, jumlah pasaran kenderaan elektrik dijangka meningkat kepada 65% pada tahun ini berikutan lebih banyak model yang bakal diperkenalkan.

Sumber: The Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY