Spotify hari ini memperkenalkan satu kategori baru untuk kanak-kanak yang bertujuan membantu ibu bapa dan anak-anak mereka berhubung melalui muzik. Ia bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak membangunkan kemahiran bahasa mereka dengan arahan dalam aplikasi.
Ruangan The Kids & Family itu menawarkan pelbagai senarai lagu untuk aktiviti harian seperti waktu mandi, tidur, bermain, menaiki kereta, dan banyak lagi. Setiap senarai lagu itu didatangkan dengan cadangan umur sebagai sokongan untuk ibu bapa menentukan muzik yang sesuai untuk anak mereka.
Senarai lagu 'The Playtime' , sebagai contoh, mempunyai lagu-lagu tarian seperti "Everything is awesome" oleh Tegan dan Sara, The Lonely Island, dan "Kung Fu Fighting" oleh Ceelo Green dan Jack Black. Spotify berharap ruangan baru ini akan menggalakkan ibu bapa dan anak-anak menggunakan muzik untuk menghabiskan masa bersama-sama.
Berkaitan
- Huawei Bakal Guna Sistem Operasi HarmonyOS 2.0 Untuk Komputer Di Pasaran China
- Pos Malaysia Kongsikan Kelajuan Internet Sehingga 900Mbps Kendalian TNB
- Maxis Ada Pelan Pasca Bayar Dan Broadband Baru
- Dropbox Gandakan Saiz Storan Versi Profesional Dan Perniagaan Asas
- TIME Lancar Pakej Internet 1Gbps Pada Harga RM199 Sebulan
- Naib Presiden OPPO Berkongsi Rupa Bentuk Peranti Boleh Lipat
- Google Dan H&M Ivyrevel Bekerjasama Hasilkan Pakaian Berdasarkan Data Dari Telefon Pintar
- Makthor Satu-Satunya Pemain Wanita Mewakili Malaysia Dalam FIFA 18
- HONOR Malaysia Tunda Pelancaran HONOR 9X Pro Dan Dua Peranti Lain
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Mengakses Google Store