Terbaru, satu gambar CEO Redmi, Lu Weibing memegang sebuah peranti Redmi yang belum dilancarkan di sebuah pasar raya telah menjadi tular di internet.
Melihat kepada imej berkenaan, peranti itu kelihatan mempunyai paparan skrin penuh tanpa takuk, sekaligus membayangkan penggunaan kamera pop-up.
Selain itu, beberapa spesifikasi lain peranti ini juga telah didedahkan antaranya ialah ia dikatakan akan hadir dengan skrin AMOLED 6.39-inci, memori sehingga 8GB RAM dan 128GB simpanan dalaman.
Bagi sistem kamera pula, flagship Redmi ini dilaporkan bakal dilengkapi lensa 48MP + 8MP +13MP bagi kamera utama dan lensa 32MP untuk kamera hadapan.
Tarikh pelancaran peranti ini masih belum diumumkan namun pemerhati industri meramalkan ia bakal hadir sekitar bulan Jun nanti.
Malah, ada juga laporan yang mendakwa peranti ini bakal dilancarkan sebagai Pocophone F2 di pasaran India kelak dan akan muncul sebagai model Snapdragon 855 termurah di pasaran.
Sumber: India Today GizmoChina
Berkaitan
- Xiomi Redmi 4, Redmi Note 4 Dijangka Dilancarkan Hari Ini
- Spesifikasi Model Terbaru Oppo Find X Didedahkan - Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845
- Qualcomm Snapdragon 710 - Sistem Cip Terbaru Yang Direka Khas Untuk Peranti Kelas Pertengahan
- Android 8.0 Oreo Kini Tersedia Buat Peranti Asus Zenfone 3 Zoom
- Redmi Note 8 Pro, Wajib Tengok Video Ni Sebelum Beli
- Twitter Tampil Dengan Kemaskini Baru Untuk Android Nougat
- Reka Bentuk Xiaomi Pocophone F1 Tertiris, Hadir Dengan Snapdragon 845 AIE
- Samsung Galaxy Note 9, Peranti Android Pertama Menerima Permainan Fortnite Versi Mobile
- Mark Zuckerberg Arahkan Eksekutif Untuk Guna Peranti Android Sahaja
- Xiaomi Mi 6 Dengan Snapdragon 835 Dikhabarkan Hadir Fabruari Atau April Tahun Hadapan