Hari ini, Sony telah melancarkan peranti telefon pintar mereka yang terbaru iaitu Xperia 1 VI dengan gandingan teknologi kamera daripada ZEISS dan spesifikasi berkelas andalan.

Cip pemprosesan yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 3 dan disokong oleh memori 12GB RAM serta storan 256GB dan menyokong storan tambahan microSDXC sehingga 1.5TB.
Telefon ini juga menggunakan skrin OLED 6.5 inci daripada BRAVIA dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta resolusi FHD+ (2340 x 1080).
Skrinnya juga lengkap dengan ciri Sunlight Vision dan perlindungan skrin Corning Gorilla Glass Victus 2.

Untuk kamera, ia dilengkapi dengan sensor Exmor yang berdaya fokus utama 52MP (24mm), telefoto 12MP (85mm-170mm), ultra lebar 12MP (16mm) dan swafoto 12MP.
Rakaman videonya pula mampu diambil pada kadar resolusi 4K 120fps.

Baterinya pula hadir dengan kapasiti sebesar 5,000mAh. Ciri lain untuk peranti ini terdiri daripada IP68, bicu audio 3.5mm, pengecasan wayarles dan FPS Optimizer.
Ia menjalankan Android 14 dan akan menerima kemas kini Android sehingga tiga tahun dan empat tahun sekuriti.

Buat masa sekarang, peranti Xperia 1 VI ini boleh dilihat di laman web rasmi Xperia Malaysia tapi belum diumumkan harganya.
Kemungkinan harganya melebihi RM6000 adalah tinggi kerana keluaran terdahulunya, Xperia 1 V berharga RM6,399.
Namun, harga rasminya adalah €1,399 (~RM7,127).
{suggest}
