
Mengimbas kembali spesifikasi yang ditawarkan, Sony Xperia 1 II hadir dengan paparan skrin 4K HDR OLED dengan saiz 6.5 inci serta nisbah skrin 21:9 yang menyokong teknologi Motion Blur Reduction.
Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865 serta menyokong rangkaian 5G. Dari segi memori, peranti ini mempunyai 8GB RAM, 256GB storan dan dual-nano SIM serta menyokong micro-SD dengan tambahan sehingga 1TB storan.

Bagi kamera, ia mempunyai tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan ZEISS dan ZEISS T*. Mark II turut menawarkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera mirrorless Alpha termasuk penjejakan mata pintar (intelligent eye tracking), penjejakan mata haiwan dan ciri burst dengan autofokus 20fps.

Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Mark II adalah 4000mAh dan menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.
Buat masa ini, Sony masih belum mengumumkan harga Sony Xperia 1 II untuk pasaran tempatan. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Sony.
Sumber: Lowyat
Berkaitan
- Sony Umum Aksesori PS5 'Camouflage Collection', Pra-Tempah Bermula Minggu Depan
- Sony Mahu Menaikkan Harga Jualan Permainan Video PlayStation
- Pra Tempah Sony Xperia 10 II Telah Mula Dibuka Sehingga 5 Julai Ini
- Sony Kongsi Rekaan PlayStation 5, Hadir Dengan Dua Versi
- Sony Malaysia Buka Pra-Tempah Keempat Untuk PS5 Bermula Malam Ini
- Sony Turut Mengumumkan Xperia 10 II - Peranti Kalis Air IP68 Dengan Cip Snapdragon 665
- Pra Tempahan Sony Xperia 1 II Kini Dibuka, Percuma Fon Telinga Bernilai RM949
- Sony Dilapor Akan Hentikan Penggunaan Plastik Untuk Kotak Bungkusan
- Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan
- Sony Xperia 1 II Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4,999